-->
.

Followers

Tuesday, 5 March 2013

Bukan rezeki aku :(

Salam semuanya..
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk aku menghirup udara percuma ciptaan Nya.

Bukan rezeki aku.
Ya, bukan rezeki aku untuk mendapat seorang cahaya mata.
Anak yang di dalam kandunganku selama 4 bulan aku gelarkan 'adik'.
Adik hidup dalam rahim ibu selama 4 bulan, menemani ibu ketika ibu sedih, sunyi, sepi dan ketika heppy.
Ke mana ibu pergi, adik sentiasa ada menjadi pengganti papa yang tiada di sisi ibu.

Kenyataan bahawa adik telah tiada, buat aku tersentap.
Seolah-olah seperti mimpi.
Ya Allah...

Dengan sokongan dan dorongan keluarga dan sahabat membuatkan aku kuat.
Engkau tempatkan lah "adik" di syurgaMu..
Nantikan ibu di sana.. 
Ibu akan menyusulmu..
InsyaAllah..

Hati ini merinduimu sayang... 























Posted by Solehah Razali at 22:36 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 11 February 2013

Wedding (^_^)


26 Oktober 2012 
Rumah aku (Kg Air Pulau)
Start 8.00 malam.



Family pengantin lelaki sampai. Aku dalam bilik tak siap2 lagi. 


Ehhh!! Abah aku ensem tak? Huhu


Ni aku yang dah siap make up.. Auwww gituuu.. Bhahaha


Nebes nebes...Dup dap dup dap dup dap :p
( Dgr cite ade orang silap masuk simpang otw dtg umah aku ) Wawawa


Sesi akad nikah. (Konpem jantung berdebar macam ekzos moto superbike)


Sekali lafaz jer. Aku x dengar sgt. Sebuk control bulu mata palsu nak jatuh. Kakakka


Bace taklik. Syasyuulll pulak. Zazaza


Cakkkk!!! Same tak muke aku dengan abah?


Peace yooooo!!


Inai di jari, lalalalaalala..


Bau sambal belacan. Hahahaha


Malu nya diriku ketika ini... -__-"


OMG!! Bulu mate palsu nak cabut.. Bhahaa


Smileeee ~~~ :)


Haaaa...nie sume anak dara lagi.. Kih3


 Aku dan Mawar berduri's crew. ~Wanie~

27 Oktober 2012
Rumah aku




Opah pakse suruh aku paut tangan suami..Dah la tgh malu... Auwwww


Aku, abang Cik dan Salwa (Debab)...


Senyum3... Zzzzzz


Kelakanye mate Salwa(Debab).... hahaha


Macam opera cina kan? 1st time kena make up.. Currlassssss gituu


Family suami :)


Family aku :)


Aku, suami dan family abg joe :) 
Boleh plak si Aimuni ni terbaring dengan mempromosikan pampers beliau ^_^


Members :) 
Ehhh opah ade jugak..wawawa


Aku, suami dan family Yop :)


Debabbbbb!!! Bhahahahaha


Hensem kan abah? Nampak tak baju y abah aku pkai? Tu baju melayu arwah abg aku.. :)



Puan Aida dan Wanie. ^_^



Dia pernah bagi lagu ni kat aku. Walaupon bile 1st time dengar nyanyi mcm x cukup tidur. Bhahahaha


Hehe..
Nie la wedding aku, so simple..
Sebab simple itu mendekatkan kepada kesempurnaan..
(^_^)
Bye ~




Posted by Solehah Razali at 08:28 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Aku seorang Anak, Isteri dan Ibu..

Salam...

Tajuk entry kali ni macam series kan? HUHU
Tapi x series pon sebenar nye..

Anak?
Aku seorang anak perempuan kepada pasangan suami isteri a.k.a merpati due sejoli  En Zalie n Pn Fudziah, (mcm tajuk lagu Hail Amir n Uji Rashid plak) Bhahaha...

Anak perempuan no 6 tau.. HOHO 

Sulung perempuan lagi tu.. Haaaa y bawah aku semuanya perempuan Salwa n Salwani. Nama gelaran dorang ni Debab (Salwa) dan Boyot (Salwani). Kihkih

Speselnye family aku ni, ade 5 orang pendekar sebab start dari no 1 sampai no 5 semua lelaki.. Abah aku cakap abah ade 5 orang pendekar boleh ganti geng Hang Tuah. Wawawa :p

Mak abah, dalam rumah dorang la penyeri. Even abah aku seorang yang garang dan serius mcm Eman Manan, tapi dalam hati ade taman woooo... 

Teringat time lepas kenduri kawen, aku nak balik rumah suami aku kat Selangor, air mata seorang abah menitis wooo... Suami aku pon tersentap same, aku toksah cakap lah, sepanjang jalan air mata berjujuran... Anak manje katekan.. HIHI

Mak aku pula lain sikit, dengan anak sayang sebenarnye tapi tak nak tunjuk depan2. Time aku nak balik ngan suami tu, mak tak nangis pon. Cume banyak pesan suruh jage diri elok2, bila enjin kereta dan start aku pon dah gerak.. Adik aku yang Debab tu mesej bagitahu mak aku masuk rumah terus menangis.. Aku dalam kereta terus tersentap, rasa rindu pada mak abah..

Selama 20 tahun, mak abah membesarkan aku.. Kena rotan, kena marah, kena cili mulut dengan mak tu semua pengikat kasih sayang mak dengan anak2. Abah cume marah2 manje je, tak pernah pulak aku kena rotan. Hehe (sebak sebenarnya malam nie, rindu sangat dengan insan2 ini)...

Isteri?
Yeahhh, aku skang dah jadi isteri. Isteri kepada Tuan Ismit Ulam Raja. Hoho

Isteri kepada Yang amat berhormat tuan kedaun Ahmad Zaid bin Ahmad Kamal. Manusia yang mempunyai 4 biji mata, 2 lubang idung. Hehe

Nak mula hidup berkeluarga ni mula2 memang la susah kan? Semua orang mcm tu aku rase, tapi dengan mak abah yang selalu sokong aku dan suami. Alhamdulillah, sabar menempuh dugaan. Sesungguhnya Allah memberi ujian untuk menguji hambaNya. 

Be cool, be strong. 

Cuma setiap kali aku menadah tangan, aku mohon jodoh aku ini dipanjangkan hingga ke akhir hayat dunia dan akhirat.

Bukan senang nak membahagiakan manusia yang pernah terluka. (Erkk!! Jiwangnyeee~~)

Ibu?
Ehem ehem, tak lame lagi nak jadi ibu. 

InsyaAllah, doktor jangka bulan 7 nie menjerit la aku dalam wad bersalin.

Allah, takut sebenarnya. 

Tapi takut tu hilang setiap kali anak2 aku Kasih dan Danis pegang perut. Asyik berebut adik lelaki atau perempuan. Zzzzzz~~~

Ade jugak yang kate mungkin twin. Wahhhh boy and gurl? :)))))))

Anak, Isteri, Ibu..
Tiga pangkat yang telah dan akan dilalui oleh semua perempuan dalam dunia ni.

Setiap perjalanan hidup ni ada pahit manisnya.

Perjalanan hidup dalam setiap pangkat itu berbeza tapi saling melengkapi.

Hidup aku baru nak bermula, masa akan datang ujian mungkin akan lagi hebat.

Moga Allah membantu aku dalam menghadapi dugaan dengan tabah dan redha.

OK.
Rasenye macam dah tak de ape2 nak merepek dalam blog ni, Hehe
Online kat mamak, memang la.
Cube ade internet sendiri, konpem berderet je entry baru masuk. Kehkeh

Nak nyanyi sikit lah sebelum penutup nie...
Ehem ehem~~

"Now it's time to say goodbye.
Say goodbye,say goodbye.
Now it's time to say good bye.
See you on next entry."
(Lagu y selalu aku suruh anak2 murid nyanyi kat tadika)
Wawawawa

Bye..
^_^




Posted by Solehah Razali at 08:25 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Baby.. Baby.. Baby...


Salam...
Baru lepas godek2 blog nie, aiyooo die punye setting dah tukar baru..
Hehe

Tak de ape pon nak merepek dalam nie, cume nak bagi tahu yang kehidupan berumah tangga banyak mengajar aku erti kesabaran, ketenangan dan rasa tanggung jawab. Ewaahhh ~~~

Yang paling best, baby dalam perut pon dah makin membesar.. Hihi :p 

Tak sangka yer cepatnye rezeki Allah bagi, nama untuk baby boy n gurl pon dah ade.. Kua3 
Excited kan? :p

Skang tengah praktikal, duduk jauh dari suami.. So bile bosan2, dah ade  geng nak borak2.. Usap je perut, baby mcm paham je Umi die bosan tahap gaban.. Hoho

Bila sedih, hepi, sunyi.. Pegang perut je rase mcm baby paham perasaan Umi die.. Bahagia nyeee diriku.. :p

Mak abah pon banyak bagi pesanan, jage cucu opah n tokwan elok2. Makan kena jage, jangan buat keje lasak2.. Hehe Aiaiaiiii chippp!!! Hehe

Macam semalam, otw nak pegi rumah mak sedara tetibe rase mcm nak makan cendol...  Petang tdi pegi cari tpi ape kan daya, x de rezeki.. Suami boleh cakap, makan je lah ABC kat mamak, same je rase. Ohh lelaki tak mengerti perasaan ku.. Huhu

Nasib baik hati beliau baik, huhu ronda n pusing2 cari lori putih y ade tulis ROJAK DAN CENDOL... tpi still x de..Rezeki x de la tu.. T_T"

Tapi sejak mengandung nie, memang ketagih roti canai n tea tarik mamak lah.. Aiyooo habis3!! :p

Nak meraban ape lagi yer? 
Tak de ape dah kot.. Hoho
Jumpe lain entry tau..
:p
Bye bye <3




Posted by Solehah Razali at 08:24 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 20 July 2012

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum..
Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan.
Esok bermula lah sesi menahan diri dari lapar, dahaga, mengawal nafsu, menahan mata, lidah, telinga daripada perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa..
Bila tiba bulan puasa, teringat zaman budak2. Seronok sangat puasa sebab dapat makan yang sedap2. Tapi sekarang, nak masuk bulan puasa macam2 hal yang jadi. Tekanan sikit lah, name pon orang besar kan..Urmmm...
Ari nie, sume housemate cho balik kg nak start puasa ngan family..Owhhh indahnya rase.. Tinggal lah cho dan  budak2 rumah , sunyi jer..Urmmm selalu rumah nie riuh kalau berkumpul kat dapur..Kami bagaikan satu keluarga.
Cho harap puasa kali ni akan lebih dirahmati oleh Allah, cho akan lebih tenang dan tabah dalam menghadapi dugaan.
Sedihnya sebenarnya, sahur nanti makan nasi putih, sosej goreng ngan kicap.. Kawan2 kat umah makan mesti best2..HUHUHU 
Tapi ape pon, itu lah rezeki.. InsyaAllah ade ganjarannya .. =)
OK, nak tidur esok nak bangun sahur.. HUHU
Salam Ramadhan yang penuh kerahmatan.. InsyaAllah



Posted by Solehah Razali at 09:03 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 19 April 2012

All about friends.

Assalamualaikum semua =)

 Alhamdulillah , Allah masih beri peluang pada Cho untuk bernafas di muka bumi nie. ( HEHE rasa macam nak bahasakan diri Cho lah dalam blog nie )  

Ramai orang cakap hidup akan indah jika ada persahabatan. Yes, Cho akui hidup akan lagi best jika kita bersahabat tapi dalam bersahabat kena  berhati-hati. Mak Cho jugak selalu pesan, bila berkawan kena pandai pilih. Mulanya Cho x kisah sangat, tapi bila kena batang hidung sendiri, Aduiiiii padan muka. HAHA

Dalam persahabatan nie, macam2 perangai kawan kita akan jumpe. And persahabatan tu akan kekal kalau kita dapat menerima siapa sahabat kita seadanya. 

Tapi, ada tapinya ye. HEHE Cho tak pernah ada sahabat tapi kawan tu ramai sangat. Cho suka berkawan tapi dengan perempuan lah, dengan lelaki tu zaman kecik2 dulu. HOHO

Alhamdulillah, kawan Cho ada dekat mane2 je. And the best thing is seorang kawan Cho nie dah temui kebahagiaan yang dia nak. Dah berumahtangga menjadikan dia lebih matang berbeza dengan diri dia waktu sekolah dulu. Kelakar, kasar, ala2 gangster gitu satu kepala dengan Cho. HUHU

Cho tabik springg dekat dia sebab dia sangat murah dengan pendapat berdasarkan pengalaman yang dia ada.   Selalu nasihat Cho untuk kenal erti hidup. Yes, Cho terima apa yang dia cakap. =)

Sekarang dialah kawan yang selalu Cho jumpe bile cuti sem macam nie, sebab dia mengajar dekat Tadika dengan rumah Cho. HOHO 

Teringat zaman sekolah, macam2 benda yang jadi. Happy, sad, conpius, stress dengan study. Fuhhh kalau lah masa boleh diputar balik. Cho nak kembali zaman sekolah. The best memory in my life.

Kepada kawan Cho yang bernama Aidawati bt Zainal. I'm always hope that you will get your happiness. Thanks for being my friend.



And to all my friend, thank you sooooo much. 




Posted by Solehah Razali at 23:36 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Cooking with love to person that I love.

Assalamualaikum . :)

Alhamdulillah , cuti2 sem nie keje membesarkan badan je la. Haishh .. Tapi dalam membesarkan badan nie, saye belajar memasak, semua resepi cari dalam internet. Mudah dan simple .

Ramai orang cakap, nak kahwin ni kena belajar masak, baru lah suami duduk rumah . HOHOHO

Actually, saye memasak sebab saye nak mak abah dan adik2 dapat makan masakan dari air tangan saye. HEHE 

Kadang2 adik saye yang duduk kat hostel, bila balik cuti selalu request suh masak nie lah, tu lah . Adik punya pasal buat lah. Tu belum masuk bab tunang yang request suruh masak . Haishhh =P

Ok , dalam mase cuti sem yang nak masuk lebih kurang sebulan nie, saye dah berjaya memasak beberapa jenis makanan. HAHA 

Antara makanan yang saye berjaya memasak ialah .... Jeng jeng jeng ..

1) Donut ( excited sebab sebelum nie pandai makan je, buat tak reti )
2) Ayam masak hijau ( so simple dan pedas =) )
3) Gulai lemak nangka ( Haaa ni feveret tunang saye, tu sebab saye belajar masak )
4) Puding Caramel ( Ni plak request adik saye yang chubby )

So, lepas ni ingat plan nak belajar masak Laksa Johor sebab teringin sangat nak makan. Tunggu mak masak, mak saye asyik masak laksa biase. 1st time makan Laksa Johor pun sebab roomate yang bawa balik dari jamuan. Jadilah dapat rase. HEHE

Ok, dekat sini saye nak share resepi Puding caramel sebab simple gile nak buat. Masuk semua bahan lepas tu blander jer . HIHIHI


RESEPI PUDING CARAMEL


BAHAN A

5/6 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan air


BAHAN B ( Untuk caramel )

1/2 cawan gula
4 sudu / 1/2 cawan air


Cara-cara membuatnya :

Untuk Caramel

1) Masukkan gula dalam periuk dan cairkan hingga perang keemasan. Lepas tu baru masuk air tau. Be careful sebb bila masukkan air dalam gula yang pekat nie, akan meletup2 sikit. So guna api yang kecil ye .:)

2) Dah siap caramel nye, masukkan dalam loyang. For me better loyang tu sapukan sedikit mentega untuk mudahkan kita untuk keluarkan puding tu nanti.

3) Ratakan caramel tu seikhlas hatinya k dan ketepikan. =P


Untuk Puding

1) Masukkan telur dan gula dalam blander dan kisar sampai bahan nie jadi kembang.

2) Dah kembangkan? So boleh masukkan tepung jagung, esen vanila, air, susu dan gula . Teruskan blander bahan2 nie dengan gigihnya . HAHA

3) Ok, dah siap blander kan? Bahan puding ni kita tuang dalam loyang yang kita dah letak caramel tadi.

4) Kukus selama 25 / 30 minit / sehingga masak pudingnya. Guna api yang sederhana besar . 

5) Untuk dapatkan permukaan puding yang cantik dan cute, pastikan penutup periuk kukus tu ade sedikit lubang untuk elakkan wap air jatuh kat atas puding dan mencacat celakannya . HUHU 

6) Dah siap kukus, sejukkan dalam peti ais tak kira la berapa lame yang kita nak . =) Bila makan puding tu sejuk2, perghhhh memang sedap . 

7) OK Done ! 



HEHE  inilah keje saye waktu cuti sem . Alang2 belajar memasak for preparation bila dah kahwin nanti . Muahahahaa   




Salam sayang untuk semua . =)


Posted by Solehah Razali at 06:08 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 14 December 2011

Si Kekure Due Alam

Assalamualaikum dan hola ....
So far Alhamdulillah ... saye dpt meniti hari - hari dengan penuh ketabahan dan kecekalan ... Walaupun saye tahu mungkin mase akan datang cabaran dan dugaan itu bertambah hebat .. at least sye tahu sye akn menanggung risiko .. :)
Ok ! Nape entry kali nie tajuk nye Si kekure Due Alam ?? hahahahhahaa 
sebenarnye saye pon x sure kenape sye suke sebut Kekure Due Alam ... hihihihihihihi nak kate kure2 tu comel ..ase nye penyu lagi cute kan ??hahahaha
Kadang2 saye pikir pasal kure2 ... Kure2 hidup dalam due alam ..kejap dalam air ,,kejap atas darat ... macam hidup sye ,, kejap hepi kejap sedih ... kejap gile2 kejap jdi vengong...hahahhhaa
Saye sebut kure2,,sye teringat kisah Perlumbaan antara Kure2 dan Sang Arnab .... Kure2 menang dalam game tu sebab ape ?? even die jalan amat la slow tpi still boleh kalahkan arnab.. 
Kure2 ... semangat die tinggi ,, tak penat berusaha untuk berjaya dan menang dalam game tu ..dibezakan dgn diri saye ?? urmm series saye cakap ,, sye manusia yang mudah putus ase .. terlalu cepat mengalah dan beralah .. boleh ke saye jadi seperti kure2 yang kuat dalam mengharungi dugaan dan cabaran ??
Saye masih belajar untuk menerima dugaan itu dengan hati yang kuat dan berusaha untuk menghadapinya dengan slumber ....hehehheee =P
So ,, sebagai manusia yang dianugerahkan keistimewaan akal dan fikiran ,, kenape kite harus berputus ase dengan mudah sekali ?? Bangkitlah untuk berjuang melawan dugaan yang mendatang ... :)) Ganbate3!!!
Rase nye setakat nie dulu saye dapat merepek ... otak blurrr x dapat pikir nak buat assignment ...hohohohoh
Jumpe di next entry ye :))

SolehahRazali @ Si Kekure Due Alam (^_^)




Posted by Solehah Razali at 08:12 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 6 October 2011

~ Jangan menyerah ~


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Back to Reff 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa
 ( ^_^ )


:~ sebagai manusia , janganlah kita terlalu cepat menyerah dan mengalah dalam menghadapi dugaan dan ujian yang diberikan olehNya .... tabahlah hati ,,,sesungguhnya orang yang bersabar adalah orang yang disayangi Allah ... macam apa yang saya hadapi sekarang ,,so far Alhamdulillah saya dapat hadapi dengan tenang dan tabah .... Dia menguji saya dengan ujian ini untuk menyedarkan saya y selama ini terlalu leka dengan kehidupan dunia .. dalam hadapi ujian ni , Alhamdulillah saya ade family dan kawan2 yang sentiasa ade di belakang saya untuk sokong dan memberi semangat untuk saya terus hidup .... Terima kasih Allah sebab Kau anugerahkan kepadaku insan2 yang amat memahami dan saling menyayangi ...~~~ ^_^ <3<3<3


Posted by Solehah Razali at 21:41 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 13 September 2011

:: SILAP lagi :: hohohohoh :))


manusia hidup dgn melakukan kesilapan ,, mesti melakukan kesilapan....tapi dari kesilapan itu lah manusia melakukan perubahan untuk meneruskan kehidupan dgn lebih tenang .



Bangun daripada medan kekalahan dan bersemangat untk mencari sinar bahagia di dunia ini ...
Andai silap yang dilakukan antara manusia dgn manusia ,,,bagaimana ?? Mamapukah kita hidup dlm situasi tidak mendapat kemaafan ?? Aku berfikir sejenak .. jika aku di tempat insan itu .... Memang sukar utk memaafkan  manusia y sentiasa membuat silap ,, tapi ak juga hanya insan biasa ..punya sekeping hati untuk memberi kemaafan ..tpi jgn silap mentafsir...maaf itu bukan kunci noktah segalanye .....
so ,,, mari lah kite memaafkan insan2 y penah buat salah dgn korang sume walaupun ia nye meninggalkan parut yang amat susah untuk dihilangkan  ....
:: saye maafkan korang sume :: hohoohohohh ::
Peace No War !!!! :))

Posted by Solehah Razali at 08:06 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 12 August 2011

::: Bersabarlah , kerana sabar menjadi anda terpuji :::







Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu'anhu : " Jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredhaan hati . Sedangkan keresahan dan kesedihan tu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan ."
Dia juga pernah mengatakan : " Orang yang banyak bersabar akan memperoleh yang terbaik ."

Aban bin Taghlab mengatakan : " Saya pernah mendengar seorang Arab Badui berkata : " Sikap yang paling baik dari seseorang akan muncul ketika ia ditimpa musibah , kerana ia akan menjadikan sabar sebagai senjata menghadapi musibah tersebut dan akan memberinya inspirasi untuk selalu berharap agar musibah itu segera berakhir . Dan kerana kesabarannya itu , ia seperti melihat jalan keluar , dan pertolongan itu berada di depan matanya kerana tawakkalnya dan prasangka baiknya kepada Allah .Ketika orang telah sampai pada tingkatan ini , Allah pasti akan memberikan semua yang diinginkannya , akan menghilangkan semua yang menyukarkannya , dan akan mengabulkan semua permintaannya . Dan dia selamat bersama agama , kehormatan dan keperibadiannya ."

Al - Ashma'i meriwayatkan dari seorang Arab Badui yang mengatakan : " Takutlah terhadap keburukan yang muncul dari tempat yang baik , dan berharaplah kebaikan dari tempat yang buruk . Sebab boleh jadi kehidupan itu ada kerana adanya permintaan untuk mati , dan boleh jadi kematian itu terjadi kerana adanya harapan untuk tetap hidup . Dan tidak jarang rasa nyaman itu datang dari rasa takut ."





Apabila pertolongan Allah
mengerlingkan perhatiannya kepadamu
maka tenanglah kerana semua kejadian 
akan berlangsung aman bagimu .


Qithri bin Fuja'ah telah mengatakan :


Jangan sekali - kali
seseorang menjadi pengecut pada hari peperangan
kerana takut mati .
sesungguhnya 
aku pernah menangkis tusukan tombak
dari arah kanan dan adakalnya dari arah kiri .
Aku berlumuran darah
hingga darahku membasahi pelana kenderaanku .
Kemudian ak pulang
denga beroleh kemenangan dan bukann kekalahan
berkat kewaspadaan 
dan keberanianku di medan peperangan .



Seorang bijaksana mengatakan : " Orang yang beraqal bersabar manakala musibah menimpa dirinya kerana dua alasan :
1) ia boleh gembira kerana masih ada sesuatu untuknya .
2) kerana ia masih dapat mengharapkan jalan keluar dari apa yang menimpanya .


Sebaliknya , orang yang bodoh akan ketakutan menghadapi ujian yang menimpanya , kerana dua alasan pula :
1) membesar - besarkan musibah yang menimpa dirinya .
2) ketakutannya akan sesuatu musibah yang lebih besar daripada yang menimpa dirinya .


sebagaimana disebutkan di atas , ujian itu adalah program latihan dari Allah yang ditetapkan kepada makhlukNya , dan latihan Allah kepada mereka untuk membukakan hati , pendengaran dan penglihatan .


Al - Hassan bin Sahl menggambarkan ujian itu sebagai berikut :" Dalam ujian itu , ada penghapusan dosa , ada peringatan agar tidak lalai , ada tawaran untuk mendapatkan pahala dengan cara bersabar , dan mengingat akan nikmat , dan ada harapan untuk mendapatkan ganjaran . Dalam pandangan Allah dan qadha'Nya semuanya adalah baik ."


Orang yang lebih memilih mati hanya kerana ia ingin berzikir , tetapi sebaliknya :


Orang - orang yang berkata kepada saudara2 mereka dan mereka tidak turut pergi berperang : " seandainya mereka ( orang2 beriman ) mengikuti kita , tentulah mereka tidak terbunuh ." Katakanlah ( kepada mereka ):" Tolaklah kematian dari diri kalian jika kalian orang - orang yang benar ." ( Ali-'Imran 168 )


::: La Tahzan ::: Don't Be Sad :::



Posted by Solehah Razali at 06:31 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 15 April 2011

Pemergianmu~~~

15 April 2004.....
waktu 2 ak kat asrama skola rendah ak..umo pon bru 12 taun ( darjah 6 )...
hepi sgt2 waktu 2 sbb ak kena puji ngan teacher BI sbb ak pat hafal full esei y die suh hafal...
abeh je dri tuisyen...ak lek asrama...mkn pe sume...mcm besa..pas solat maghrib berjemaah...ad tazkirah untk dak asrama...tpi mlm 2 ak x tau nape ak jdi gitu...ak sibuk cite kat kengkwn y ak ad sorg abg y ensem..bek ati..pndai men gitar pe sume...( dak x matang )..kwn2 pon dgr je cite ak..tazkirah pon kami buat x layan je...huhuhuhu
pas tazkirah...kami solat isya' jemaah...pas solat besa la..amai2 nak g '' prep "( class study ) kat class...ngah ak pakai tudung...warden asrama pggil ak...kate ad org nak jmpe...rupe2 nye kwn abh ( acu manzaki ) y dtg...die kate nak bwk ak lek...ak pon  x tau ape..ak ikut la die balek...ak tnye nape...die x jwb..senyap je...ak da start gabra...kami benti kat pondok guard,,," ak dgr pak cik 2 ckp,," ak sedekah duet nie untk die ,,bile nak wat knduri tahlil ??"...mase 2 ak x dapat pick up lagi...ak pikir mgkin sedara acu manzaki nie y meninggal...~~~
nak smpai kat simpang umah ak...acu manzaki x terus ke rumah ak..tpi die ke hospital...ak tgk amai org...sgt amai,,mcm ad pasar mlm je...ak da pikir mcm2....ak igt kuarge ak da x de...da meninggal..sume ak igt tpi seorang insan nie langsung x terlintas kat pkiran ak....ak nmpak keta pej abh ak..ak x rase y abh ak pegi...
smpai je,,,amai org serbu ak...pimpin ak masuk lam keta...kwn2 mak abh ak pon amai...mak cik2 ngan akak2 sume suh ak saba...ak pon x tau nak saba sebb ape...masuk lam keta...mak terus peluk ak...smbil nangis..ak x penah tgk mak ak nangis teruk mcm 2...mak peluk ak kuat2 smbil ckp abg cha excident ..." abg cha  excident "...mse 2,,ak teringt,,,ptg tdi ak hepi sgt cite psl die sbb bende buruk nak jdi...
tumpah air mate ak...ak tgk org sekeliling ,,ak cri abh ak...ak cri abg2 ak...ak tgk abh nangis...nie la pertama kali ak tgk abh mengalir air mate....abh da x mampu,,,abh da lemah ak tgk..ak terus peluk abh...mak ngan adik2 ak da hilang punce...masing2 x caye y abg cha excident ....pegi jauh....
abg joe x abeh2 nak slhkan diri die ,,,sbb abg cha leh excident..tpi 2 bkn slah abg joe...takdir y tentukan...
abg joe rase len je ptg abg cha nak lek dri banding....ase len sgt2...
ak x sangka...sbb kali akhir ak jmpe die,,waktu die anta pengat pisang kat ak...die mai kat asrama ak...2 la last ak jmpe die...
y ak leh buat wak2...ak doa agar Allah pnjgkan umo die....die ngah operate wak2 2...kwn die ilang ingatan...
ak peluk suar jean die....2 je y ak mampu buat....ak da x mampu nak berckp..ak cian tgk mak abh,,tibe2 doktor pggil abh msuk lam ICU...takdir Allah manusia x leh lwn..Allah jemput abg ak lebey awl...abh terduduk ats lantai ngan keputusn doktor..mak menagis lagi kuat..ak terdiam..abg2 ngan adik2 ak menagis....
arwah abg cha pegi terlalu awl...sgt awl...jnzah abg cha kami bwk ke kg...mlm 2 juga kami balek kg..ak ke asrama ambik brg2 ak....rupe2 nye ustaz ( warden asrama ) da tau y abg ak excident ptg tdi...kwn2 ak pon da tau...tpi x cite ak takut ak terkejut....smpai kg,,,amai org dtg sedekah bacaan Yassin~~
pagi esok...spupu ak x tau y arwah abg pie ( pggilan sepupu ak kat arwah abg cha ) da x de....jenazah lam umah opah...dorg pegi skolah mcm 2 je...
pagi 2 pas subuh..ak bace yassin....smbil 2 ak tgk muke arwah abg cha luka kat pipi kanan...tpi die senyum..mcm die senyum kat ak...seolah2 die bahagia pegi jmpe Pencipta nye...sebak ati ak...mak da x leh stop menangis...bile tgk jenazh je mak terus nangis...hati ibu mane y x sedey ngan kehilangan ank die lam sekelip mate ???mkn pon mak x lalu...waktu mandikan jenzah..opah ak dri kuala kgsar dtg...meraung die cucu die meninggal..die nak tau sape punye lori y bwk abg ak smpai leh excident....wak2 2 huru hara sikit...abh da lost,,,abh da rebah wak2 2...ad orang bawak die pegi tenangkan pikiran...mgkin abh baru rase kehilangan y amat sgt sbb abh sangat garang ngan anak2 lelaki.....
da cipa mandi..awrh dikapankan~~~solat jenzah pon da buat...mse nak kebumi...waktu nak kapankan,,,kali terakhir nak tgk arwah abg cha...ak kucup dahi die buat y terakhir,,,sbelom nie wak2 die ad..ak ngan salwa selalu men ikat rmbut die buat tocang...men2 ngan muke die..tpi skang..ak hnye pat kucup dahi je...
sume amek peluang nie kucup dahi die kali terakhir...mak x cilap ak x lepas nak kcup sbb air mate mak x benti mengalir....
ak kuar dri umah 2..amai kwn2 abg cha dtg..ad y merah mate dorg..kwn2 arwah ckp die sorang kwn y bek,,patut la beria anta kwn2 die nek bus ke plkn,,upe nye die tau die nak pegi....:(
jenazah nak di bawak ke tnh perkuburan....ak pegi skali..mata da bengkak teramat,,,mak da x lart nak jalan..stay kat umah opah..sayu ati ak dgr org bace talkin...abg cha dikebumikan dkat je ngan kubur arwah tok wan....Allah mcm da tentukan je,,pas 4 taun arwah tok wan meninggal..cucu rapat die plak y ikut ....abg cha mmg close ngan tok wan...die pon ikut tok wan...
pas kebumi...kenduri tahlil pon buat....
ak memang rase kehilangan...abg2 ngan adik2 ak pon x de semangat nak jalani idup...abh mmg da x mampu ak tgk..mak plak tiap2 ari menagis,,,lame ak amek cuti x pegi skola..nak jage mak ak y ilang semangat...
bile balek umah...terbayang2 y abg cha ad lagi...ngah mkn nasi pan tb,,ngan gelak2 kat dpan umah...ngah smbg ngan kwn2 die bwh pokok kelapa...tpi ak tau ,,2 khayalan ak...bkn realiti..
bile terpndg papan skate ,,kasut skate ngan cap die,,ak sebak...kemeja die ak amek smpan...:(
biar la die pegi...tpi ak leh smpan kenangan 2...family ak sunyi...sgt sunyi tnpa abg cha..x de gurau senda...
sebelom die pegi....family ak buat kenduri kawen abg ak....mule nye,,abg joe plan nak kawen bln 5,,tpi ntah nape,,die nak cpatkan bln 3...mcm Allah 2 bagi hint je suh cepatkan tarikh kawen...dan waktu kenduri 2 la abg cha org y paling rajin buat keja,,,sgt rajin smpai mkn pon x sempat...upe nye die tau die nak pegi,,so nie last peluang die nak tabur jasa buat kami kenang....bile dgr lagu " Bukan Ak x cinta "...ak sebak,,abh plak x leh dgr lagu " Jangan tggl Daku ".....perit rase bile seseorang y kite syg pegi tggalkan kite....
kini...mak abh leh tersenyum..tpi ak tau,,,senyuman itu terselit kesedihan dan kepahitan...luar nmpk bahagia tpi lam ati x de sape tau....ak selalu igtkan diri ak..jgn sekali2 buat mak abh titiskan air mta sbb ak...cukuplah mak abh ttiskan air mata ngan pemergian abg cha...:(
rezeki mak ngan abh melimpah ...mgkin sbb ketabahn mak ngn abh lam jalani kehidupan...syukur ak panjatkan pada Ya Rabb....
:(

MOHAMAD SHAFIE BIN MOHAMAD RAZALI...sebaris name y akan segar lam ingatn kami sekeluarge
pergi nye abg cha x de sape leh ganti...
akak doakn agar abg cha idup aman disisiNya...moga roh abg cha dicucuri rahmat olehNya...
semoga akak pat jmpe abg cha sekali lagi di alam sane...:)
doa akak sentiasa untuk abg cha...kerana kaulah abg y terbek buat kami....
kami syg abg cha..tpi syg Allah melebihi segala-galanya...
ari nie,,,genap 7 taun abg cha pegi tinggalkn kami....
akak berharap ak akn jmpe lelaki y mcm abg cha..:) yang buley jdi ank lelaki untuk mak abh kite ...:)
sbb Allah berjanji akan menggantikan dengan y lebey  bek..:)







akak rindu abg cha sgt2,,,:(

abg cha,,,rindu lagu nie...teringt2 akak..:(

abh da x leh dgr lagu nie...:(

salam sayang dri akak~~~
amanlah abg cha kat sane...^____^"
Posted by Solehah Razali at 01:10 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers

Si Kekure Due Alam

My photo
Solehah Razali
Insan yang lahir dari kasih sayang 2 insan. Hidup yang tenang tanpa dugaan bukanlah ertinya hidup. Tapi hidup yang penuh dengan cabaran, itulah erti sebenar kehidupan. Jika aku tewas hari ini, tidak pada hari esok. ^_^
View my complete profile

Facebook ku

Solehah Razali

Reka Lencana Anda

Blog Archive

  • ▼  2013 (4)
    • ▼  March (1)
      • Bukan rezeki aku :(
    • ►  February (3)
  • ►  2012 (3)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
  • ►  2011 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  April (1)
Powered by Blogger.