Salam semuanya..
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk aku menghirup udara percuma ciptaan Nya.
Bukan rezeki aku.
Ya, bukan rezeki aku untuk mendapat seorang cahaya mata.
Anak yang di dalam kandunganku selama 4 bulan aku gelarkan 'adik'.
Adik hidup dalam rahim ibu selama 4 bulan, menemani ibu ketika ibu sedih, sunyi, sepi dan ketika heppy.
Ke mana ibu pergi, adik sentiasa ada menjadi pengganti papa yang tiada di sisi ibu.
Kenyataan bahawa adik telah tiada, buat aku tersentap.
Seolah-olah seperti mimpi.
Ya Allah...
Dengan sokongan dan dorongan keluarga dan sahabat membuatkan aku kuat.
Engkau tempatkan lah "adik" di syurgaMu..
Nantikan ibu di sana..
Ibu akan menyusulmu..
InsyaAllah..
Hati ini merinduimu sayang...