-->
.

Followers

Friday, 12 August 2011

::: Bersabarlah , kerana sabar menjadi anda terpuji :::







Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu'anhu : " Jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredhaan hati . Sedangkan keresahan dan kesedihan tu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan ."
Dia juga pernah mengatakan : " Orang yang banyak bersabar akan memperoleh yang terbaik ."

Aban bin Taghlab mengatakan : " Saya pernah mendengar seorang Arab Badui berkata : " Sikap yang paling baik dari seseorang akan muncul ketika ia ditimpa musibah , kerana ia akan menjadikan sabar sebagai senjata menghadapi musibah tersebut dan akan memberinya inspirasi untuk selalu berharap agar musibah itu segera berakhir . Dan kerana kesabarannya itu , ia seperti melihat jalan keluar , dan pertolongan itu berada di depan matanya kerana tawakkalnya dan prasangka baiknya kepada Allah .Ketika orang telah sampai pada tingkatan ini , Allah pasti akan memberikan semua yang diinginkannya , akan menghilangkan semua yang menyukarkannya , dan akan mengabulkan semua permintaannya . Dan dia selamat bersama agama , kehormatan dan keperibadiannya ."

Al - Ashma'i meriwayatkan dari seorang Arab Badui yang mengatakan : " Takutlah terhadap keburukan yang muncul dari tempat yang baik , dan berharaplah kebaikan dari tempat yang buruk . Sebab boleh jadi kehidupan itu ada kerana adanya permintaan untuk mati , dan boleh jadi kematian itu terjadi kerana adanya harapan untuk tetap hidup . Dan tidak jarang rasa nyaman itu datang dari rasa takut ."





Apabila pertolongan Allah
mengerlingkan perhatiannya kepadamu
maka tenanglah kerana semua kejadian 
akan berlangsung aman bagimu .


Qithri bin Fuja'ah telah mengatakan :


Jangan sekali - kali
seseorang menjadi pengecut pada hari peperangan
kerana takut mati .
sesungguhnya 
aku pernah menangkis tusukan tombak
dari arah kanan dan adakalnya dari arah kiri .
Aku berlumuran darah
hingga darahku membasahi pelana kenderaanku .
Kemudian ak pulang
denga beroleh kemenangan dan bukann kekalahan
berkat kewaspadaan 
dan keberanianku di medan peperangan .



Seorang bijaksana mengatakan : " Orang yang beraqal bersabar manakala musibah menimpa dirinya kerana dua alasan :
1) ia boleh gembira kerana masih ada sesuatu untuknya .
2) kerana ia masih dapat mengharapkan jalan keluar dari apa yang menimpanya .


Sebaliknya , orang yang bodoh akan ketakutan menghadapi ujian yang menimpanya , kerana dua alasan pula :
1) membesar - besarkan musibah yang menimpa dirinya .
2) ketakutannya akan sesuatu musibah yang lebih besar daripada yang menimpa dirinya .


sebagaimana disebutkan di atas , ujian itu adalah program latihan dari Allah yang ditetapkan kepada makhlukNya , dan latihan Allah kepada mereka untuk membukakan hati , pendengaran dan penglihatan .


Al - Hassan bin Sahl menggambarkan ujian itu sebagai berikut :" Dalam ujian itu , ada penghapusan dosa , ada peringatan agar tidak lalai , ada tawaran untuk mendapatkan pahala dengan cara bersabar , dan mengingat akan nikmat , dan ada harapan untuk mendapatkan ganjaran . Dalam pandangan Allah dan qadha'Nya semuanya adalah baik ."


Orang yang lebih memilih mati hanya kerana ia ingin berzikir , tetapi sebaliknya :


Orang - orang yang berkata kepada saudara2 mereka dan mereka tidak turut pergi berperang : " seandainya mereka ( orang2 beriman ) mengikuti kita , tentulah mereka tidak terbunuh ." Katakanlah ( kepada mereka ):" Tolaklah kematian dari diri kalian jika kalian orang - orang yang benar ." ( Ali-'Imran 168 )


::: La Tahzan ::: Don't Be Sad :::



Posted by Solehah Razali at 06:31 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers

Si Kekure Due Alam

My photo
Solehah Razali
Insan yang lahir dari kasih sayang 2 insan. Hidup yang tenang tanpa dugaan bukanlah ertinya hidup. Tapi hidup yang penuh dengan cabaran, itulah erti sebenar kehidupan. Jika aku tewas hari ini, tidak pada hari esok. ^_^
View my complete profile

Facebook ku

Solehah Razali

Reka Lencana Anda

Blog Archive

  • ►  2013 (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
  • ►  2012 (3)
    • ►  July (1)
    • ►  April (2)
  • ▼  2011 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ▼  August (1)
      • ::: Bersabarlah , kerana sabar menjadi anda terpuj...
    • ►  April (1)
Powered by Blogger.